Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BAKSIS 2025 : GABUNGAN MAHASISWA ERAT HUBUNGAN UNIVERSITI - KOMUNITI

PASIR MAS, KELANTAN, 22 Jun 2025- Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti APEX yang mendepani nilai kesejahteraan sejagat melalui penganjuran Program Bakti Siswa (BAKSIS) 2025 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Lati, di sini, hari ini.

1000149868

Program anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani, Kampus Kesihatan USM ini menghimpunkan lebih 150 mahasiswa USM dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu serta beberapa kelab sukarelawan USM termasuk Sekretariat Sukarelawan dan Persatuan Sains Pergigian USM.

1000149870

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail dalam majlis perasmian penutupan program tersebut menekankan bahawa BAKSIS merupakan manifestasi komitmen USM dalam melahirkan mahasiswa berjiwa insani dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

1000149872

“Program seperti ini mencerminkan hasrat USM untuk terus menjadi peneraju dalam memperkasa budaya kesukarelawanan.

1000149874

"Ia juga dapat membentuk generasi mahasiswa yang prihatin dan peka terhadap keperluan komuniti khususnya golongan berkeperluan khas,” katanya.

1000149876

Program yang mengangkat tema ‘Senyuman Bakti, Sentuhan Istimewa’, BAKSIS 2025 memberi peluang kepada mahasiswa mendekati komuniti pendidikan khas melalui aktiviti interaktif yang menyemai nilai empati, keikhlasan dan hormat terhadap perbezaan.

1000149866

Shaiful Bahari dalam pada itu turut menegaskan bahawa program sebegini selari dengan agenda pembangunan mampan (SDG) dan aspirasi USM dalam mendukung pendidikan inklusif serta pengurangan jurang sosial.

1000149878

Beliau juga berharap agar semangat kesukarelawanan mahasiswa USM yang ditanam melalui BAKSIS dapat terus mekar menjadi budaya kampus yang berterusan dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

1000149880

Majlis turut menyaksikan komitmen tinggi mahasiswa USM yang bukan sahaja bertindak sebagai penggerak utama program, malah menyantuni murid-murid pendidikan khas dengan pendekatan yang penuh kasih sayang dan profesionalisme.

1000149884

Pelbagai aktiviti menarik diadakan dalam program sehari ini melibatkan 80 orang murid termasuk sukaneka dan permainan berkumpulan yang turut menguji kemampuan serta kecerdasan IQ murid berkeperluan khas.

Program BAKSIS 2025 merupakan antara program berimpak tinggi USM yang menyokong visi universiti untuk memperkukuh jaringan komuniti dan memperluas amalan pendidikan yang menyentuh hati dan nilai kemanusiaan.

1000149882

Turut hadir dalam program ini ialah Penggawa Desasiswa Murni Nurani USM, Dr. Nur Waliyuddin Hanis Zainal Abidin; Penasihat Program BAKSIS 2025, Kaabati Abd. Kamar dan Pengarah Program BAKSIS 2025, Norlialatul Qistina Khairul Hafizi,

Teks: Rosalwani Che Soh dan Nik Nur Khalisah Umairah Nik Mansur (Pelajar Latihan Industri UiTM) /Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 223