Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BULAN KELESTARIAN KAMPUS KESIHATAN USM GALAK AMALAN HIJAU WARGA KAMPUS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus menunjukkan komitmen terhadap kelestarian melalui penganjuran pelbagai inisiatif yang melibatkan warga Kampus Kesihatan bagi meningkatkan kesejahteraan warga kampus, masyarakat dan alam sekitar secara mampan.WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.58

Pengarah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani berkata, kelestarian pada hari ini bukan lagi satu pilihan, namun sokongan dan komitmen berterusan daripada masyarakat amat diperlukan bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Bandar Baru Kubang Kerian sebagai Bandar Perubatan Pintar Al-Muhammadi.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.57

“Usaha ini bukan sahaja mampu memperkukuh pembangunan komuniti yang lestari dan mesra rakyat, malah berupaya mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, teratur dan kondusif.WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.58 2

“Di samping itu, inisiatif ini juga berperanan memupuk budaya kebersihan serta meningkatkan kesedaran bahawa kesejahteraan persekitaran merupakan tanggungjawab bersama setiap individu dan organisasi,” katanya ketika melancarkan Bulan Kelestarian Kampus Kesihatan USM 2026, hari ini.WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.57 1

Menurut beliau, dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perubahan iklim, pencemaran alam sekitar, pengurusan sisa yang tidak terkawal, pembaziran sumber serta peningkatan penggunaan plastik sekali guna yang memberi kesan besar terhadap keseimbangan ekosistem dan kehidupan manusia.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.58 1

“Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, USM mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi contoh terbaik dalam membudayakan amalan hijau dan gaya hidup lestari.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.59

“Kita bukan sahaja berperanan melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan profesional malah turut bertanggungjawab membentuk warga yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan memelihara alam sekitar,” ujarnya lagi.

Ab Rahman Izaini berkata, usaha membudayakan kelestarian perlu bermula dengan perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten dalam kehidupan seharian.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.19.00 1

“Amalan penjimatan tenaga dan air, pengurangan penggunaan plastik sekali guna, pengasingan sisa, penggunaan bahan kitar semula serta penjagaan kebersihan persekitaran merupakan antara inisiatif penting yang perlu dilakukan setiap orang.

“Walaupun kelihatan kecil, namun ia mampu memberikan impak besar sekiranya diamalkan secara konsisten oleh seluruh warga kampus,” ulasnya.

Pelbagai program dijalankan sepanjang Bulan Kelestarian Kampus Kesihatan USM 2026 seperti Forum Kelestarian, Ceramah Kesedaran Jejak Karbon, pertandingan inovasi dan sudut hijau, kempen ‘Earth Hour’,program'Bekwoh @ Hub', gotong-royong perdana,  projek penanaman pokok, kempen kitar semula serta  USMFIT 2.0.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.19.00 2

Ab Rahman Izaini, turut menjelaskan bahawa program seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar malah memupuk semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial demi kelestarian generasi akan datang.

“Program ini perlu dijadikan platform berterusan untuk membentuk budaya kerja dan gaya hidup lestari dalam kalangan warga universiti kerana kelestarian juga perlu diterjemahkan dalam setiap tindakan, keputusan dan pengurusan harian agar usaha ini benar-benar memberi kesan yang menyeluruh dan berkekalan.

“Kempen dan inisiatif yang dilaksanakan pada hari ini bukan sekadar simbolik tetapi merupakan satu langkah berani dan bertanggungjawab dalam menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari,” jelasnya.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.59 2

Mengakhiri ucapan, Ab Rahman Izaini berharap agar segala usaha, pengorbanan dan inisiatif yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada universiti, masyarakat serta alam sekitar secara berterusan.

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.19.00

WhatsApp Image 2026 05 17 at 15.18.59 1

Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pengarah Kanan Jurutera, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Kampus Kesihatan USM, Engku Nazli Engku Mohd Ariffin; Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Hamdan Tahir, Noraida Hassan; Timbalan Pengarah, Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abd Sattar@ Ismail dan Penyelaras, Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan USM, Rabiatul Adawiah Ab. Manan.

Teks: Marlina Zahari/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 293