Tahniah kepada Profesor Madya Dr. Wan Amir Nizam Wan Ahmad dan Dr. Liza Noordin atas kejayaan menerima Pingat Emas bagi penghasilan produk 'Bunga Kantan Flakes' sempena Minggu Penyelidikan Inovasi (MPI) 2022.
Kolaborasi bersama dua penyelidik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa) itu, turut dianugerahkan 'Grand Award' yang merupakan anugerah tertinggi MPI.
Sebanyak 348 produk penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta turut menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), and Kolej Universiti TATI (TATIUC).
#USMKamiMemimpin
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
24 Mei 2022