Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DANA KITA SUMBANG 10 UNIT KATIL PESAKIT KEPADA HOSPITAL USM

 

SAVE 20210726 123209

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Julai 2021 - Timbalan Pengarah Insfrastruktur dan Aset, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman mewakili Pengarah Hospital USM menerima sumbangan katil pesakit daripada wakil Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (DANA KITA) di sini, hari ini.

Sumbangan berupa 10 unit katil pesakit itu diserahkan bagi kegunaan pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital USM.

Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut ialah Ketua Jabatan Pediatrik Hospital USM, Profesor Madya Dr. Norsarwany Mohamad.

  • Created on .
  • Hits: 151