Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DUA FRONLINERS USM TERPILIH ANTARA PENERIMA VAKSIN PERINGKAT NEGERI

 

SAVE 20210302 183727

Tahniah diucapkan kepada dua (2) petugas kesihatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Ariff Husna Hasnan yang bertugas sebagai Ketua Jururawat Wad 2 Delima dan Mohd Farizzul Ismail, Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Ortopedik kerana dipilih mewakili Kampus Kesihatan USM untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sempena Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Mereka antara 200 petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin bersama Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua-ketua Agensi barisan hadapan negeri Kelantan.

  • Created on .
  • Hits: 156