DUA PANEL USM BERI PENDEDAHAN TENTANG KESIHATAN BUAH PINGGANG
Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) turut memeriahkan Majlis Penutup Inisiatif Kelantanku Sihat dan Karnival Kelantan Sihat yang berlangsung di Mydin Mall Tunjung, hari ini.

Pegawai Perubatan Hospital USM, Dr. Mohamad Najmi Ahmad dan Pegawai Dietetik, Ahmad Syukri Mohd Hashim dijemput berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu Kesihatan Awam dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan serta penyakit buah pinggang kepada masyarakat menerusi Forum Kesihatan Buah Pinggang yang diadakan sempena karnival tersebut.
Karnival berkenaan merupakan anjuran Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan bersama Kelab Diet dan Nutrisi Negeri Kelantan.
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
- Created on .
- Hits: 279