Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

GEMILANG MALAM KEBUDAYAAN INDIA 2026: WARISAN, SENI DAN PERPADUAN BERSATU DI USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 April 2026 - “Semoga malam ini terus memberi inspirasi kepada kita semua untuk menghargai kepelbagaian budaya, mengukuhkan perpaduan serta mengekalkan nilai hormat dan persefahaman dalam kehidupan seharian,” demikian petikan ucapan Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Profesor Dr. Hajah Shatriah Ismail mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM ketika merasmikan Malam Kebudayaan India (MKI) 2026, semalam.

1000251714

Menurut beliau, persembahan MKI menjadi satu tradisi yang dinanti-nantikan setiap tahun di Kampus Kesihatan USM.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya MKI terus mempamerkan kekayaan warisan India melalui persembahan yang memukau. Ekspresi seni, penceritaan, muzik dan tarian membawa kita mengembara dalam dunia budaya yang menonjolkan kepelbagaian dan keunikan tradisi India.

1000251702

“Saya amat berharap agar program seperti MKI ini dapat memupuk kefahaman yang lebih mendalam selain turut berperanan mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat majmuk kerana sambutan kebudayaan sebegini bukan sahaja dapat memelihara tradisi, malah juga mampu membina jambatan antara komuniti,” katanya.

1000251704

Tambah Shatriah, USM sentiasa komited dalam menyokong inisiatif yang memupuk keterangkuman, perpaduan dan pembangunan pelajar secara holistik.

1000251710

“Kami percaya bahawa graduan bukan sahaja perlu cemerlang dari segi akademik, malah mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerja berpasukan, kreativiti, keupayaan menyesuaikan diri serta komunikasi berkesan kerana semua ini amat penting bagi mempersiapkan mereka menghadapi dunia yang semakin dinamik dan global.

1000251708

“Kejayaan penganjuran MKI oleh para pelajar merupakan manifestasi jelas pendekatan pendidikan holistik yang mencerminkan atribut HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate and Thinking) yang ingin kita terapkan dalam institusi ini.

1000251706

“Dedikasi, keyakinan dan kreativiti mereka membuktikan potensi luar biasa para pelajar di luar bilik kuliah,” jelas beliau lagi.

1000251712

Sementara itu, Pengarah Program MKI 2026, Devesha Bragalathan berkata, perbezaan utama MKI pada tahun ini adalah dari segi konsep dan penyampaian yang bertemakan ‘RUDRA: The Unseen Eye’.

1000251718

“Sebelum ini, MKI lebih kepada persembahan budaya secara berasingan, namun pada tahun ini kami bawakan satu jalan cerita yang lebih tersusun mengikut alur cerita dan persembahan selingan supaya penonton dapat merasai pengalaman yang lebih mendalam dan seronok, bukan sekadar tontonan tetapi juga penghayatan.

1000251716

“Tema ‘RUDRA: The Unseen Eye’ membawa konsep keseimbangan dalam proses perubahan antara kekuatan dan kelembutan. ‘Rudra’ melambangkan satu tenaga yang tidak terlihat, tetapi sentiasa wujud yang mendorong perubahan ke arah yang lebih baik," terangnya.

1000251720

Menurut Devesha, kerjasama semua pihak merupakan elemen yang sangat penting dalam menjayakan MKI.

1000251722

“Pelajar daripada pelbagai latar belakang memberikan kerjasama yang baik dalam pelbagai bahagian seperti teknikal, logistik, persembahan dan pengurusan.

"Sebagai pengarah program, saya memastikan setiap bahagian berkomunikasi dengan berkesan agar semua perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi impak dari segi penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, khususnya budaya masyarakat India.

1000251726

"Selain itu, ia juga dapat membentuk nilai kerjasama, disiplin dan kreativiti dalam kalangan pelajar yang terlibat," ujarnya lagi.

1000251724

Turut hadir memeriahkan MKI 2026 ialah Timbalan Dekan (USM-KLE), Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah; Penasihat Program MKI 2026, Profesor Madya Dr. T. P. Kannan dan wakil Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Dr. Jayapramila Jayamani.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 290