Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HARGAI DAN BAHAGIAKAN KANAK-KANAK KERANA MEREKA BAKAL PEMIMPIN NEGARA

SM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 November 2021 – Menyedari kanak-kanak adalah pewaris masa hadapan negara dan bakal menjadi pemimpin di hari muka, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof, kanak-kanak merupakan golongan istimewa dan amat berharga yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada semua keluarga.

b8a07523 ba08 4dde b18a 7c1f9b815408

“Sebagai ibu bapa atau penjaga amanah dari Allah, kita diberi tanggungjawab untuk menjadi penentu corak kemanusiaan serta kepimpinan mereka pada masa akan datang.

“Jadi, hargailah, lengkapkan keperluan serta sempurnakanlah didikan mereka agar menjadi insan berguna suatu hari nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

fcd98f3d 0b7c 4fb4 b32c 22dc0bd5c00d

Tambah Imran, walaupun terpaksa mematuhi norma-norma baharu, namun sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2021 perlu diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan.

“Kita perlu berusaha lebih untuk melindungi kanak-kanak terutama mengembirakan atau memberi sepenuh perhatian kepada kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan bagi memberi semangat kepada mereka untuk kembali pulih seperti sediakala.

750838ec f0ed 4b17 ba31 66d300fa2ea6

“Saya percaya ada di antara kanak-kanak yang kini diuji dengan ujian kesakitan dan terpaksa menjalani rawatan di Hospital USM, namun mereka juga mungkin di antara bakal pemimpin yang hebat pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini turut mendapat kerjasama Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital USM, McDonald’s Malaysia, Co-opbank Pertama dan SMART FS Consultancy.

da6326ed 950f 4a20 a180 6f12edfb2c0d

Teks:  Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 246