Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HARI BERSAMA PELANGGAN URP BERI LEBIH INPUT MENGENAI PENGURUSAN REKOD SERTA MAKLUMAT PERUBATAN PESAKIT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Disember 2021 - Unit Rekod Perubatan (URP) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan yang memfokuskan kepada staf klinikal bahagian kejururawatan. Sesi pada kali ini dikhususkan kepada Penyelia dan Ketua Jururawat bagi memberi penerangan mengenai dasar dan peraturan URP yang perlu diambil perhatian oleh setiap unit, wad dan klinik selain membuka ruang kepada mereka menyampaikan isu berkaitan pengurusan dan operasi URP.

SAVE 20211221 173008

 
Selain itu, program tersebut juga sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej URP dan seterusnya memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
 
SAVE 20211221 172953
 
Penganjuran Hari Bersama Pelanggan URP juga diharap mampu memberi impak positif bagi memperkasakan perkhidmatan pelanggan yang lebih cekap dan berkesan terutamanya perkhidmatan barisan hadapan kepada hospital dan komuniti sekitar.
 
SAVE 20211221 173001
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof.
  • Created on .
  • Hits: 185