Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HAYATI KEMULIAAN RAMADAN YANG BAKAL TIBA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Mac 2022 - Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin menyeru semua warga Kampus Kesihatan agar menghayati kemuliaan bulan Ramadan semaksima mungkin untuk mengumpul pahala yang berlipat ganda. 
 
Menurutnya, Ramadan merupakan bulan bagi umat islam mengumpul pahala kerana di bulan ini terdapat pelbagai ganjaran pahala yang ditawarkan dan tidak terdapat di bulan-bulan lain. 
 SAVE_20220315_214544.jpg
 
 
"Semoga kita semua diberikan kesihatan dan kepanjangan umur seterusnya dapat bersama-sama menyambut ketibaan bulan mulia yakni bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi," ujarnya semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Hilal Ramadan Peringkat Kampus Kesihatan bagi tahun 1443H / 2022, hari ini. 
 
Shaharum berkata, Ramadan yang datang setahun sekali membawa berbagai-bagai keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. 
 
"Sesungguhnya para muslimin, muslimat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. akan berasa sangat gembira dengan kedatangan bulan yang mulia lagi barakah ini. 
 
 
 SAVE_20220315_214538.jpg
 
"Ini kerana pada bulan ini, umat islam berpeluang untuk melaksanakan berbagai-bagai amal ibadat yang sunat dan fardu bagi mengumpul pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T," katanya lagi. 
 
Tambah Shaharum, Pusat Islam telah merancang pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua warga kampus sepanjang Ramadan ini seperti Majlis berbuka puasa, Majlis Tadarus Al-Quran, Solat Terawih , Kuliah Ramadan sebelum Zohor, ziarah ramadan serta i’tikaf dan Qiamullail pada 10 malam terakhir. 
 
Shaharum turut menyeru semua pusat tangggungjawab (PTJ) bekerjasama dan berganding bahu membantu Pusat Islam melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.  
 
 
SAVE_20220315_214530.jpg
 
Shaharum turut berpesan kepada semua warga kampus agar menggunakan peluang sepanjang bulan Ramadan nanti dengan sebaiknya untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedekah, berqiyamullail dan  sebagainya. 
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Eksekutif, Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, USAINS Tech Services Sdn. Bhd., Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim dan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Amira Abd Sattar @ Ismail. 
 
Teks : Wan Salizawati Wan Ismail/ Foto: Unit Fotografi UKAST
  • Created on .
  • Hits: 217