Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM TERIMA KUNJUNGAN HUMS

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 April 2022 - Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang diketuai oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Helen Benedict Lasimbang dan rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. 

SAVE_20220413_164427.jpg
 
Lawatan itu bertujuan untuk melihat pengurusan perkhidmatan kesihatan eksekutif dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di Hospital USM. 
 
SAVE_20220413_164435.jpg
 
Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berbesar hati menerima kunjungan delegasi HUMS dan berharap sesi perkongsian maklumat menerusi lawatan tersebut memberi input berguna untuk diaplikasikan di HUMS. 
 
Rombongan lawatan turut diberi penerangan oleh Pengarah Eksekutif Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, USAINS Tech Services Sdn. Bhd, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim dan Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani@Ab. Ghani berhubung aktiviti penjanaan pendapatan di Hospital USM. 
 
SAVE_20220413_164450.jpg
 
Turut hadir dalam sesi lawatan itu ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), HUMS, Dr. Nicholas Pang Tze Ping; Timbalan Pengarah (Pengurusan dan Operasi) HUMS, Samsuidin Nurdin; Timbalan Pengarah (Kewangan) HUMS, Saima Ismail; Timbalan Pengarah (Infrastruktur & Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof.
  • Created on .
  • Hits: 116