Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima sumbangan 10 unit ‘Oxygen Concentrator’ dan 2,100 helai ‘Isolation Gown Coverall’ bernilai RM82,000.
Sumbangan daripada Datuk Wira Wen Tai Chun dan Datin Wira Audrey Yang dari University Alliance in Talent Education and Development (UAiTED), Taiwan itu telah disampaikan melalui wakil mereka kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim.
Peralatan tersebut akan diagihkan kepada wad dan klinik di Hospital USM bagi kegunaan pesakit dan petugas perubatan.
@MPRC Kampus Kesihatan