Sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun nilainya, besar maknanya dalam usaha memerangi COVID-19 hingga ke akar umbi.
Pengurusan Hospital USM mempelawa Keluarga Malaysia yang prihatin sama ada secara individu mahupun menerusi pertubuhan untuk sama-sama menyumbang sedaya termampu ke "Tabung COVID-19 USM @ Hospital Universiti Sains Malaysia"
Sumbangan anda sama ada dalam bentuk kewangan, peralatan atau barang pakai habis sangat dihargai bagi menampung kos demi memastikan kesejahteraan pesakit serta petugas barisan hadapan kita.
Hulurkan tangan, kebersamaan tunjang kekuatan. Hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut.
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia