Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah lama yang terus utuh, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selari dengan pepatah klasik tersebut, hari ini, warga kerja Wad 7 Utara Hospital USM tampil dengan semangat kebersamaan. Mereka menyerahkan sumbangan berupa kain kafan, baju jenazah serta kelengkapan mandian kepada wakil pengurusan Wad COVID-19 Hospital USM.

fc5bbb1a 2198 4cbd 933f 1483139901bb

Sumbangan adalah hasil kutipan secara sukarela dalam kalangan staf yang disasarkan untuk membantu pengurusan kes-kes COVID-19 khususnya yang melibatkan kematian pesakit.

Semoga semangat yang ditunjukkan akan menjadi contoh dan lebih banyak pihak tampil memberi sumbangan demi meringankan beban kepada pengurusan Hospital USM serta keluarga pesakit.

a4b497b4 3413 4912 b97d 4b1ffc8deb43

#KitaJagaKita
#KitaJagaSemua

Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan

  • Created on .
  • Hits: 695