Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

INFORMASI KANSER PAYUDARA PERLU DISEBARLUASKAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Oktober 2020 – Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara yang disambut di serata dunia pada setiap tahun. Kanser payudara merupakan kanser dan ketumbuhan tertua di dunia yang juga merupakan barah paling meluas serta pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita.

KANSER PAYUDARA 1

Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara bertujuan untuk menyampaikan maklumat mutakhir berkenaan penyakit tersebut serta mendedahkan kaedah diagnosis dan rawatan terkini yang terdapat di Hospital USM.

KANSER PAYUDARA 2

Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam berkata, pelaksanaan program sebegini menjadi penghubung dalam melestarikan kehidupan pesakit bagi mendidik dan meneroka ilmu yang sudah menjadi sebahagian daripada nadi USM.

KANSER PAYUDARA 3

“Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestARi) adalah satu unit yang memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan kaum wanita berada di tahap terbaik terutamanya staf dan secara amnya masyarakat agar sentiasa peka terhadap kesan yang akan mereka hadapi jika tidak mencegah kanser payudara lebih awal.

KANSER PAYUDARA 4

“Ini merupakan bukti komitmen USM terhadap kepentingan pengesanan peringkat awal dan BestARi sentiasa mengalu-alukan masyarakat luar untuk datang dan menjalani ujian saringan kanser payudara,” ujarnya semasa penyampaikan ucapan perasmian program tersebut hari ini.

KANSER PAYUDARA 5

Menurut Wan Hazabbah, pelbagai aktiviti disusun bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kanser Payudara pada tahun ini seperti kursus, bengkel dan pameran kesihatan yang akan dijalankan mengikut ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 182