KAYUHAN BASIKAL MENYANTUNI ‘FRONTLINERS’ SEMPENA HARI MALAYSIA 2021
Kami terhutang nyawa dengan para ‘frontliners’. Jerit perih pengorbanan mereka mana mungkin kami balas.
Sempena sambutan Hari Malaysia 2021, sekumpulan 20 pelajar serta warga Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) serta Pusat Sukan & Rekreasi Kampus Kesihatan USM mengayuh basikal berkumpulan dengan mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (SOP) sekitar kampus sebelum singgah menyantuni ‘frontliners’ yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Kampus Kesihatan.
Kumpulan yang diketuai Timbalan Pendaftar BHEPA Kampus Kesihatan, En. Hafiz Assad Zakaria sempat menyumbangkan t-shirt kepada para petugas SPPV sebagai simbolik penghargaan kepada semua ‘frontliners’ yang telah berada di barisan hadapan perjuangan melawan COVID-19 sejak lebih setahun yang lalu.
#MalaysiaPrihatin
#USMHargaiFrontliners
#HariMalaysia2021
#MPRC Kampus Kesihatan
15 September 2021
- Created on .
- Hits: 120