Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KELAB MUZIK KAMPUS KESIHATAN ANJUR '48 HOURS NON STOP INDOOR GOLF DRIVING RELAY', CATAT KEJAYAAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Mei 2022 - Memukul bola golf selama 48 jam tanpa henti telah menobatkan Kelab Muzik Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama Persatuan Lions Club negeri Kelantan bagi mencatat nama dalam 'Malaysia Book Of Records' (MBR).

0e159078 0ace 4858 9a73 ac372d822727

Menurut Pengarah Program yang juga Pelajar Sains Pergigian tahun satu (1), Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Pang Wen Min, penganjuran program tersebut adalah kesinambungan daripada kejayaan pertama Kelab Muzik mencatatkan rekod MBR dalam penganjuran 48 jam bermain muzik tanpa henti pada tahun 2018.

"Program yang dirancang ini juga adalah sebahagian daripada projek mencari dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Down Sindrom Lions Club Kelantan.

"Hasil kutipan dan sumbangan daripada penganjuran program ini sebanyak RM40,000 telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak persatuan dalam merancakkan pelbagai aktiviti yang akan diadakan selepas ini apabila negara dalam peralihan ke fasa endemik," ujarnya.

3fe87c8e 60c0 4a94 ba4d 64daa0bf4d64

Program yang bermula pada 19 Mei dan tamat pada hari ini 21 Mei 2022 telah disertai seramai 91 orang peserta menggunakan format 'driving relay' dimana setiap peserta akan bermain golf selama 20 minit secara bergilir - gilir tanpa henti.

Para peserta yang terlibat juga diberikan penerangan asas berkaitan sukan golf oleh atlet golf Sukan Malaysia (SUKMA) yang dibawakan khas oleh pihak penganjur iaitu Brendan Tang.

05a0fb0e 138b 4bea 8513 8cb27278f799

Sementara itu, Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin pula berkata, program seperti ini membuktikan para pelajar USM mempunyai atribut holistik, dimana para pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi aspek pembelajaran malah mampu berfikir di luar kotak dengan menganjurkan program aras tinggi yang secara tidak langsung memberi impak positif kepada USM khususnya.

"Konsep HEBAT yang diperkenalkan oleh USM kepada para pelajar iaitu H-Holistik, E-Entrepreneur, B-Balance, A-Articulate, T-Thinking perlu disemai oleh semua mahasiswa USM dalam memperkasa jati diri sebagai modal insan yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

b2125e14 78e0 45bd b85d 48b30bcee363

"Kampus Kesihatan, melalui Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) juga telah menerajui program mentransformasikan golongan orang kurang upaya (OKU) melalui penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Transformasi OKU yang memberikan pelbagai latihan kepada golongan OKU agar mereka dapat berdikari dan boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat," jelas Shaharum.

Shaharum turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya Persatuan Lions Club Kelantan yang sentiasa memberikan sokongan kepada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar Kampus Kesihatan USM.

Simbolik penyerahan sijil pengesahan telah disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran MBR, Lee Pooi Leng kepada Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin sambil disaksikan oleh Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan PPSK, Dr. Ayu Suzialiana Mohamad, Penasihat Kelab Muzik, Profesor Madya Dr. Garry Kuan dan Pengerusi Persatuan Lions Club Kelantan, Chiok Cheng Lun.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan /Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 105