Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KELAHIRAN BAYI KEMBAR TIGA BUKTI KEUPAYAAN KLINIKAL HPUSM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Januari 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mencatat satu lagi detik bermakna apabila berjaya menyambut kelahiran bayi kembar tiga (3) dalam satu prosedur kelahiran yang dikendalikan oleh pasukan perubatan berpengalaman hospital ini.

1000216680

Kelahiran bayi lelaki kembar tiga (3) pada jam 10.59, 11.01 dan 11.02 pagi semalam secara pembedahan elektif itu merupakan satu kejayaan signifikan yang mencerminkan keupayaan dan kepakaran multidisiplin HPUSM melibatkan kerjasama erat pasukan obstetrik dan ginekologi (O&G), anestesiologi, pediatrik serta Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

1000216676

Menurut Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, pengurusan kes kehamilan kembar tiga (3) memerlukan pemantauan rapi dan perancangan teliti berikutan risiko yang lebih tinggi berbanding kehamilan tunggal.

1000216674

“Justeru, kelahiran ini membuktikan tahap kesiapsiagaan fasiliti, teknologi serta kemahiran klinikal warga HPUSM dalam mengendalikan kes obstetrik berisiko tinggi.

1000216686

“Ketiga-tiga bayi kini berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan stabil, manakala ibu juga dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas proses kelahiran,” katanya ketika ditemui semasa menyantuni ibu bayi kembar tersebut di Wad 2 Topaz, hari ini.

1000216678

Ab Rahman Izaini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pengurusan kelahiran ini, sekali gus mengukuhkan peranan hospital sebagai pusat rujukan kes perubatan kompleks di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

1000216672

“Kejayaan ini selaras dengan komitmen berterusan HPUSM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi berteraskan kepakaran akademik, penyelidikan dan amalan klinikal terbaik demi kesejahteraan pesakit dan komuniti,” ujarnya lagi.

1000216682

Sementara itu, ibu bayi kembar tiga (3) berkenaan, Nur Amira Samsudin, 37, meluahkan rasa syukur dan terharu atas kelahiran selamat ketiga-tiga bayinya.

1000216684

Beliau menyifatkan detik berkenaan sebagai pengalaman yang amat bermakna dan tidak dapat dilupakan selepas melalui tempoh kehamilan yang mencabar.

“Ketika-tiga bayi lelaki saya dilahirkan dengan berat 1.87, 1.66 dan 1.63 kilogram (kg) itu kini ditempatkan di wad NICU untuk pemantauan lanjut.

1000216688

“Terima kasih atas sokongan berterusan, layanan prihatin serta profesionalisme pasukan perubatan dan jururawat HPUSM yang telah memberikan ketenangan dan keyakinan sepanjang proses kelahiran sehingga selesai,” katanya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 321