Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KEPELBAGAIAN ETNIK DAN BUDAYA BORNEO HARMONI DALAM BCN 2025

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Mei 2025 – Keindahan budaya dan kepelbagaian warisan etnik masyarakat Borneo diterjemah penuh warna dan makna menerusi persembahan yang mengagumkan dalam program Borneo Cultural Night (BCN) 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.02 AM 1

BCN merupakan salah satu aktiviti tahunan mahasiswa Borneo Kampus Kesihatan USM di bawah anjuran Sekretariat Bayu Kenyalang.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.01 AM

Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan dalam menganjurkan acara tersebut.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.01 AM 1

“Program ini bukan sekadar persembahan hiburan semata-mata, sebaliknya ia merupakan manifestasi penghargaan dan kebanggaan kita terhadap warisan budaya masyarakat Borneo yang begitu kaya dan pelbagai.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.03 AM

“Program seperti ini juga mampu menyuburkan semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa di samping memperkukuh jalinan keharmonian dalam komuniti kampus yang majmuk,” katanya ketika merasmikan BCN 2025.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.03 AM 1

BCN 2025 turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional pelbagai etnik utama Borneo termasuk Kadazan-Dusun, Iban, Bidayuh dan juga Melanau.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.04 AM

Menurut Shaiful Bahari, persembahan yang dipentaskan dalam BCN menampilkan keunikan tarian tradisional, pakaian etnik dan pelbagai kesenian yang mencerminkan kekayaan identiti serta nilai estetika masyarakat Sabah, Sarawak termasuk Labuan.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.04 AM 1

“Saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan dikembangkan pada masa hadapan sebagai satu platform memperkukuh perpaduan antara pelajar berbilang bangsa, budaya dan agama.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.02 AM

“Saya juga berharap agar semua yang memberi sokongan dengan hadir pada malam ini dapat menikmati persembahan dengan hati terbuka, penuh rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya serta semangat cintakan warisan bangsa,” ujarnya lagi.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.05 AM

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.05 AM 1

Selain itu, para penonton turut disajikan dengan persembahan teater bertajuk ‘Sumpahan Bujang Senang’ yang mengangkat kisah legenda buaya Bujang Senang yang terkenal di Sarawak. Pengolahan dramatik teater tersebut berjaya memukau penonton melalui lakonan mantap serta penghayatan emosi yang menyentuh jiwa.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.06 AM

WhatsApp Image 2025 05 18 at 10.24.04 AM 2

Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) Hafiz Assad Zakaria; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM mewakili Penasihat Program BCN 2025, Dr. David Joseph Pereira dan Pengarah Program BCN 2025, Vanessa Lynn Jaspin.

Teks: Faridatul Aswani Ahmad Zidan / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 154