Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KERAJAAN NEGERI SELANGOR EDAR SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA ANAK NEGERI SELANGOR DI KAMPUS KESIHATAN

 

db92c995 ab2b 4fd4 9542 a35400b36b06

123 mahasiswa anak negeri Selangor di Kampus Kesihatan hari ini menerima sumbangan berupa makanan serta keperluan asas yang diedarkan oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Program Bantuan Mahasiswa Selangor kepada mahasiswa negeri Selangor yang berada di kampus - kampus IPTA dan IPT di bawah kerajaan negeri ini adalah sebahagian daripada Pakej Kita Selangor 2.0 yang mensasarkan bantuan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40 yang diharap dapat membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

5085c46d 12f2 4700 b27c 5824e1c6d898

Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan USM, Encik Hafiz Assad Zakaria menerima sumbangan daripada wakil delegasi SUK Selangor pagi ini sebelum membuat agihan kepada pelajar-pelajar terbabit.

@MPRCKK & @BHEPA
4 Julai 2021

  • Created on .
  • Hits: 154