KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR JABATAN MUFTI KELANTAN
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Disember 2021- Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat dan lawatan sambil belajar daripada Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kelantan bagi bertukar pandangan dan berbincang mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini.

Hospital USM yang diwakili Pengarahnya, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim berbesar hati menerima kunjungan Jabatan Mufti Kelantan yang diwakili oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Kunjungan buat pertama kali ini bertujuan untuk mencari kesepakatan berkaitan isu Fiqh Perubatan Kotemporari yang timbul namun tidak semua masyarakat yang memahami hal ini.

Melalui perbincangan dua hala ini, bahagian fatwa akan lebih memahami isu-isu perubatan yang perlu diperkemaskan selari dengan hukum dan fatwa terutama berkaitan prosedur dan perjalanan proses intubasi, euthanasia, pembedahan plastik dan pengurusan COVID-19.
- Created on .
- Hits: 271