Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LAWATAN PENANDAARASAN WUC KE KAMPUS KESIHATAN BINCANG PELUANG KOLABORASI AKADEMIK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Disember 2022 - Widad University College (WUC), hari ini, mengadakan lawatan penanda aras ke Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan untuk berbincang dan berkongsi maklumat berhubung penambahbaikan kurikulum program perubatan di WUC.

SAVE 20221213 160925

SAVE 20221213 160918
 
Selain itu, WUC juga berhasrat menjadikan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM sebagai salah satu rakan kolaborasi penyelidikan bersama, kolaborasi penggunaan fasiliti, kolaborasi pertukaran pelajar dan kolaborasi penggunaan tenaga pengajar.
 
SAVE 20221213 160932
 
SAVE 20221213 160940
 
Ketibaan delegasi WUC yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Pengantarabangsaan) yang juga Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. Jamaludin Zainol, Timbalan Dekan Kualiti dan Penilaian, Profesor Dato' Dr. Khaled Mat Hassan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr. Muhd Khairi Mohd Taibi dan Ketua Unit Pendidikan Perubatan, Profesor Madya Abdussalam ke Kampus Kesihatan disambut oleh Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti Pembangunan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam mewakili Pengarah Kampus bersama barisan pengurusan PPSP.     
 
 
 
SAVE 20221213 160949
 
SAVE 20221213 160853
 
Delegasi WUC turut dibawa melawat ke Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (I-CSC) dan Blok Pembelajaran Sumber Pelajar (BPSP) serta sesi perjumpaan dengan Pensyarah Jabatan Pendidikan Perubatan.
 
Turut hadir ialah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Penyelaras I-CSC, Profesor Madya Dr. Mohd Hashairi Fauzi; Penyelaras Program Elektif dan Pembangunan Insaniah Pelajar (EPPIP), Dr. Norsuhana Omar bersama pegawai-pegawai pentadbiran PPSP.
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 132