Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'LETS WALK FOR DIABETES': INISIATIF TARIK MASYARAKAT JALANI SARINGAN AWAL PERANGI DIABETES

BACHOK, KELANTAN, 11 November 2023 – Dalam usaha memberi kesedaran tentang penyakit diabetes dan kepentingan saringan penyakit diabetes dilakukan secara berkala kepada komuniti setempat, 
Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan mengadakan program 'Lets Walk for Diabetes' sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2023 di Pantai Irama, hari ini.

IMG 20231111 WA0016

IMG 20231111 WA0017
 
Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat menjalani hidup sihat dan aktif di samping membantu mengekal dan menstabilkan tahap gula dalam darah terutama kepada penghidap diabetes selain mengurangkan risiko diabetes bagi golongan lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan.
 
IMG 20231111 WA0018
 
Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), USM, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM berkata, penyakit kencing manis atau ‘Diabetes Mellitus’ merupakan sejenis penyakit dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) terutama selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. 
IMG 20231111 WA0023
 
"Secara umum, penyakit kencing manis terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu diabetes jenis satu (I) dan diabetes jenis dua (II).
 
“Diabetes jenis (I) juga dikenali diabetes bersandar insulin (insulin dependent diabetes mellitus) atau diabetes awal remaja yang berkait dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas.
IMG 20231111 WA0024
 
"Biasanya penghidap jenis ini mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja," katanya ketika merasmikan program tersebut.
 
Tambah Mohd Fadhli, diabetes jenis dua (II) pula boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan.
 
 
“Oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, diabetes jenis II boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, pengambilan ubat secara makan dan suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat berbentuk tablet kurang berkesan,” ujarnya lagi.
 IMG 20231111 WA0021
Mohd Fadhli berkata, semua bentuk diabetes boleh meningkatkan risiko komplikasi jangka panjang yang besar berkait dengan kerosakan saluran darah. 
 
"Risiko diabetes adalah faktor risiko utama penyakit kardiovaskular dan kira-kira 75 peratus (%) daripada kematian pesakit diabetes adalah disebabkan oleh penyakit diabetes (kardiovaskular).
 IMG 20231111 WA0020
“Komplikasi lain penghidap diabetes adalah kerosakan kepada mata, buah pinggang dan saraf serta kos yang diperlukan untuk merawat komplikasi ini akan berlipat kali ganda berbanding kos perawatan penyakit diabetes itu sendiri," jelasnya.
 
Mohd Fadhli turut mengingatkan semua pihak betapa pentingnya membuat saringan penyakit diabetes dan saringan faktor risiko kardiovaskular lain seperti darah tinggi dan tahap kolesterol.
IMG 20231111 WA0019
 
"Saya berharap agar anda semua meluangkan masa sekejap untuk membuat saringan kesihatan pada hari ini kerana ia ditawarkan secara percuma," katanya.
IMG 20231111 WA0022
 
Beliau juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur, Pejabat Kesihatan Daerah Bachok, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Daerah Bachok, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok serta Kementerian Belia dan Sukan Bachok yang turut sama menggembleng tenaga melaksanakan program tersebut bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.
 IMG 20231111 WA0015
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Haji Mohd Huzaimy Che Husin; Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed; Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Mohd Yani Yusof dan Pengarah Projek 'Lets Walk For Diabetes', Dr. Nur Izat Muhammad.
 
Teks / Foto : Muhd Zulkifli Zakaria
  • Created on .
  • Hits: 552