Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

OSH DAY USM: PELABURAN DALAM INFRASTRUKTUR DAN MODAL INSAN MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Jun 2023 – Para pekerja merupakan aset penting kepada negara secara umumnya dan merupakan aset utama kepada keluarga secara khususnya dalam menjana ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup.

e3fd1ac2 e6f1 4d40 b9d9 945b28bb2c10

Dalam memastikan para pekerja dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Management System) dalam pelaksanaan tindakan pencegahan dan perlindungan di tempat kerja. 
 
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapannya di Majlis Perasmian Penutupan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Day), Kampus Kesihatan 2023 berkata, majikan dicadangkan untuk membuat pelaburan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan modal insan yang mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
 
a6ee2471 6a8d 4aa0 ac64 1994de53a6d6
 
“Sempena Sambutan Hari Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Sedunia yang disambut pada 28 April setiap tahun, penganjuran 'OSH Day' ini dilihat dapat memberi kesedaran kepada majikan terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta langkah-langkah pengawasan yang perlu diambil oleh staf.
 
"Setiap ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak boleh bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan keperluan dalam memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan staf di jabatan masing-masing," katanya.
 
0b0a1d58 071a 4f55 aa2f 3b593eb790be
 
Tambah Shaharum, aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
 
"Kombinasi di antara ketua PTJ yang prihatin, staf yang berkualiti dan produktif, sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif serta persekitaran kerja yang kondusif, pastinya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan di PTJ akan mencapai standard yang dikehendaki.
 
8dd90933 d2bf 4970 8616 e441763a06bf
 
“Ini kerana persekitaran tempat kerja yang kondusif membolehkan para pekerja menjalankan tugas dengan selesa, selamat dan sihat selain menjamin keselamatan dan kesihatan orang awam yang berada berhampiran.
 
“Kesan pelaburan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dibuat oleh majikan akan memberi impak positif dalam mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja, mengawal jumlah kemalangan serta penyakit pekerjaan yang mungkin berlaku di tempat kerja,” jelasnya lagi.
 
c832b8d1 2261 4c47 b759 ef6f5cbb44d3
 
Shaharum berkata, majikan juga pastinya dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja para pekerja sekaligus meningkatkan keuntungan sesebuah organisasi.
 
"Walau bagaimanapun, usaha ini seharusnya mendapat komitmen daripada pekerja dalam mematuhi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan yang telah disediakan oleh majikan.
 
"Saya berharap agar sambutan 'OSH Day' memberi impak positif dan dapat mengurangkan bahaya serta risiko di tempat kerja, mengawal jumlah kemalangan dan penyakit pekerjaan yang mungkin berlaku di tempat kerja," ulasnya lanjut.
 
d1179d1d 4a67 42c9 9c32 bc4309ad2104
 
Dalam majlis yang sama turut diadakan penutupan Program ‘ECO Week’ yang diadakan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia atau lebih dikenali ‘World Environment Day’ (WED) yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan setiap lapisan masyarakat untuk memelihara alam sekitar serta memberi inspirasi kepada para peserta.
 
Turut hadir ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Induk USM, Mohd Hafizul Mohd Arop; Pengerusi Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Khairilmizal Samsudin dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Kesihatan USM, Muzani Omar.
 
Teks: Marlina Zahari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 186