PADANG SINTETIK FASILITI SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA DI KAMPUS KESIHATAN USM
USM, KUBANG KERIAN KELANTAN 30 Jun 2024- Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasminya kini mempunyai kemudahan padang bola sepak sintetik yang bertaraf antarabangsa dan merupakan terbesar di Kelantan.
Padang bola sepak sintetik yang dibuat di Kompleks Sukan 2 itu merupakan yang pertama di Kelantan dengan ukuran 105 meter x 68 meter jenama dari United Kingdom menggunakan rumput yg diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pengarah Urusan Kumpulan KOPA Sdn. Bhd., Nik Mohd Iqbal Nik Ibrahim berkata, dengan adanya padang tersebut, ia turut memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai pihak termasuk jurulatih, pengadil, jurugambar, pasukan operasi dan pihak penganjur perlawanan.
"Pembukaan padang ini juga turut merancakkan ekonomi dan memberi peluang kepada peniaga meningkatkan jualan dalam perniagaan mereka melalui gerai-gerai yang dibuka di kawasan berhampiran.
“Pihak kami telah melabur sebanyak RM3.2 juta bagi projek ini untuk memastikan kualiti dan pengalaman bermain bola sepak di atas padang adalah yang terbaik," katanya ketika berucap di majlis perasmian Padang Bola Sepak Sintetik Kopa Arena, di sini semalam.
Projek berimpak tinggi ini menjadi platform rekreasi di antara universiti dengan komuniti selain memberi nilai tambah kepada USM.
Majlis perasmian Padang Bola Sintetik Kopa Arena, Kampus Kesihatan USM telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU) USM, Dato Seri Dr. Awang Adek Hussin. Turut hadir ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr Abdul Rahman Mohamed; Ahli-ahli LGU USM, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Dr Shaiful Bahari Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan Usains Holding Sdn. Bhd., Farid Wajdi Mat Yusoff.
Teks: Rosalwani Che Soh@Yusoff / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 583