Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PDK LATIH GOLONGAN OKU USAHAKAN TANAMAN HIDROPONIK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Januari 2022 - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan agenda utamanya memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi modul penanaman sayuran secara hidroponik melalui Geran di bawah tema Gerakan Pertanian Al Falah, Bertani Satu Ibadah. 

SAVE 20220111 185743

 
Sebagai tanda sokongan kepada usaha tersebut, kerajaan Negeri Kelantan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail telah menyumbang geran sebanyak RM10,000.
 
SAVE 20220111 185727
 
Hari ini beliau hadir ke PDK Kampus Kesihatan bagi melihat sendiri usaha yang telah dilaksanakan dan berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak. 
 
SAVE 20220111 185735
 
Menurut Timbalan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Edinur Hisham Atan, empat (4) daripada 45 orang pelatih OKU terpilih untuk mengikuti latihan tanaman hidroponik tersebut. 
 
"Setakat hari ini berdasarkan keluasan tanaman yang diusahakan, hampir RM400 hingga RM500 berjaya dijana daripada jualan tanaman sawi dan dari segi pasaran, PDK mendapat kerjasama dengan Pasaraya Billion untuk jualan terus. 
 
 
 SAVE_20220111_185750.jpg
"Ini adalah satu prototaip atau sistem di mana pelatih yang telah tamat latihan dalam tempoh lima hingga enam bulan akan melaksanakan projek yang sama dalam skala lebih besar serta menjadi sumber pendapatan mereka untuk terus menjalani kehidupan," ujarnya. 
 
Tambahnya, usaha ini turut dibantu oleh bahagian Industri Asas Tani Negeri Kelantan yang turut menyumbang dana sebanyak RM5,000 kepada mereka yang ingin meneruskan kegiatan pertanian ini setelah tamat latihan nanti. 
 
Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman.
  • Created on .
  • Hits: 239