USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 November 2021 – Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat Pegawai Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang bagi menilai permohonan bantuan geran untuk menambahbaik projek pertanian komersil OKU Intelek.
Keprihatinan masyarakat sedunia mengenai OKU bermula sejak tahun 70-an melalui Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu tentang Hak Asasi Orang Terencat Akal (1971) dan Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu tentang Hak Asasi Orang Kurang Upaya (1975). Menyedari hakikat ini, USM melalui PPSK mewujudkan Unit Transformasi OKU bertujuan menyediakan model perkhidmatan bagi memperkasa dan menukar status OKU daripada liabiliti kepada produktiviti selain menjadikan OKU sebagai sumber manusia kepada negara.
Dalam lawatan hampir dua jam itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail mengalu-alukan tinjauan tersebut bagi menjalin kerjasama yang efektif di antara dua buah negara dalam konteks pendidikan tinggi untuk manfaat bersama selain turut mempromosikan projek-projek yang mengetengahkan bakat OKU.
“Pelbagai projek telah dihasilkan untuk membantu golongan OKU intelek seperti Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek (VT@USM>), Projek Modifikasi Khas Kerusi Roda, Pusat Sehenti OKU USM-MAIK, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Projek Pertanian Komersil OKU Intelek dan banyak lagi.
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman