Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PELANCARAN EMPAT KEMPEN UTAMA PACU AGENDA KELESTARIAN UNIVERSITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Mei 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan telah melancarkan empat (4) kempen utama sempena Minggu Kelestarian Kampus Kesihatan 2025 yang berlangsung di Mini Stadium, Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan USM, hari ini.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.21.58 PM

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

Dalam ucapannya, Shaiful Bahari menegaskan bahawa kelestarian merupakan agenda penting USM selaras dengan visinya, ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.21.57 PM

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.21.59 PM 1

Empat kempen yang dilancarkan pada hari ini adalah ‘Bring Your Own Bag/Container’ yang menggalakkan warga kampus membawa beg dan bekas sendiri bagi mengurangkan penggunaan beg plastik, ‘Cut Down Sugar’ pula bagi meningkatkan kesedaran terhadap bahaya pengambilan gula secara berlebihan. ‘No Single Use Plastic’ adalah kempen melarang penggunaan plastik dalam kawasan kampus dan ‘Smoke and Vape Free Zone@USM’ adalah kempen yang bertujuan menjadikan kampus sebagai zon bebas asap rokok dan ‘vape’."

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.00 PM

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.00 PM 1

Shaiful juga menyifatkan, pelaksanaan kempen-kempen ini sebagai satu langkah berani dan bertanggungjawab untuk memupuk budaya kelestarian dalam kalangan warga kampus.

“Usaha ini memerlukan sokongan berterusan daripada seluruh komuniti universiti dan perlu diwariskan kepada generasi akan datang.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.00 PM 2

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.01 PM

“Saya amat berbangga dengan inisiatif yang diambil sepanjang Minggu Kelestarian ini. Ia merupakan titik permulaan kepada budaya sifar sisa dan peduli bumi yang seharusnya menjadi amalan hidup kita,” katanya.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.01 PM 1

Sambutan Minggu Kelestarian yang berlangsung hari ini turut disemarakkan dengan pelbagai aktiviti di bawah program USMFIT, antaranya senamrobik, brisk walk dan plogging. Para peserta juga telah disediakan sarapan pagi sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.02 PM

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.02 PM 1

Selain itu, sambutan turut diselit dengan sesi memperkenalkan pemain serta pelancaran jersi baharu Pasukan USMKK FC yang akan digunakan semasa pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2025.

WhatsApp Image 2025 05 18 at 4.22.02 PM 1

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPA), Kampus Kesihatan USM, Hafiz Assad Zakaria dan Timbalan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Mohd Hafezi Mat Zain.

Teks: Rosalwani Che Soh & Nik Nur Khalisah Umairah Nik Mansur (Pelajar Latihan Industri UiTM)/ Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 204