Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENANAMAN ANAK POKOK MERAWAN SIPUT JANTAN USAHA USM KEKALKAN KELESTARIAN KAMPUS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Jun 2023 - Jawatankuasa Kelestarian dan Keserakanan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sekretariat ‘Environmental Occupational Safety and Health’ (EOSH) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menganjurkan Program Penanaman Pokok dengan slogan 'Plant Today, Build for Future' di Kampus Kesihatan, hari ini.

84f81808 6a9a 4ee2 983d cf83ef6caa80

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, JPNK telah membekalkan sebanyak 70 anak pokok Merawan Siput Jantan termasuk 20 anak pokok diserahkan kepada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) bagi menggantikan pokok-pokok yang telah rosak di sekitar Kampus Kesihatan USM.

173d746e c442 42f5 80d1 2bd9fe406a38

“Pemilihan pokok ini adalah berdasarkan penelitian pihak JPNK mengikut kesesuaian tanah di USM.

"Padang Kompleks Sukan 2 dipilih sebagai lokasi penanaman kerana bersesuaian untuk aktiviti rekreasi warga kampus selain mengekalkan kehijauan di kawasan ini.

da562115 8aac 4635 9398 feeb9c9f2a34

a32d1caa 86b9 4285 ba28 05fda94f65a9

“Penanaman pokok ini berupaya untuk memegang tanah kerana ia mempunyai kadar serapan air yang tinggi serta saiz pokok yang tinggi apabila dewasa,” jelasnya.

Tambah Shaharum, pelaksanaan program penghijauan Malaysia ini merupakan antara aktiviti yang terkandung dalam Pelan Perancangan Kelestarian Kampus Kesihatan dengan slogan 'Go Green' yang telah lancarkan oleh Naib Canselor USM di bawah kluster Kelestarian Kampus Kesihatan.

"Terkini USM juga telah dinobatkan universiti ke-4 di dunia dan pertama di Asia untuk 'Times Higher Education Impact Rankings 2023' serta menduduki kedudukan teratas bagi 'Sustainable Development Goal 16' (SDG16) di peringkat global.

26f8dd6a fd07 48c1 a40e 7185410a9a5c

Shaharum menjelaskan ini adalah antara hasil perancangan rapi kepimpinan Universiti selari dengan status Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) yang dianugerahkan kepada USM.

Shaharum turut berharap program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang sebagai salah satu usaha menghijaukan Malaysia dan memupuk semangat warga kampus yang cintakan alam semula jadi.

Sementara itu, menurut Penolong Pengarah Kanan (Perancangan dan Pengurusan) yang mewakili Pengarah JPNK, Nur Najwa Dina Abong, program ini bertepatan dengan kempen penanaman 100 juta pokok di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bermula tahun 2021 hingga 2025 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri.

dd67378a 0374 42af 9b5f 0c5ec363a395

“Bagi menyahut seruan kerajaan dengan tema ‘Penghijauan Malaysia: Pokok kita, Kehidupan kita’ atau ‘Greening Malaysia: Our Trees, Our Life’ jumlah tanaman di negeri Kelantan adalah sebanyak 1.26 juta pokok dan berada di tempat kedua di Malaysia.

"Tanaman 70 anak pokok daripada spesis Merawan Siput Jantan ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua seiring dengan slogan 'Pokok Kita Kehidupan Kita'.

40c3f305 7c47 4966 9b79 2a66a3739f8b

df2e46c6 165e 472d b5e8 16b25ad5c0c1

Turut Hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), JPNK, Melati Yusof; Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Ketua Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan, Dr. Vina Tan Phei Sean dan Penasihat Program ‘Plant Today, Build for Future’, Dr. Maliki Hapani.

Teks: R. Alia Fazni R. Azmi / Foto: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin

  • Created on .
  • Hits: 294