Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGARAH KAMPUS RAI MERDEKA DENGAN MENYANTUNI WARGA KERJA BELAKANG TABIR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Ogos 2021 – Tugas penjawat awam tidak tertakluk pada hari bekerja sahaja tetapi perlu digalas setiap masa jika ditugaskan bagi mengurangkan bebanan kerja serta memastikan operasi sentiasa berjalan tanpa sebarang masalah terutamanya  sektor kesihatan.

Bagi menghargai staf yang bekerja pada Hari Kemerdekaan, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail turun padang menyantuni mereka dengan mengedar sarapan pagi di setiap jabatan dan unit.

1f0fc719 7677 4221 869e 231f33ca4bc2

Beliau sempat singgah di beberapa jabatan antaranya Makmal Hematologi, Makmal Patologi Kimia, Unit Perubatan Transfusi , Jabatan Keselamatan, Unit Telefonis dan banyak lagi.

719ff69b 42a8 4727 8191 7bc56d944d41

Shaiful merakamkan penghargaan kepada staf khususnya petugas belakang tabir yang bertugas di makmal-makmal perubatan yang tidak kurang hebatnya sumbangan mereka dalam memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

6234c144 366e 441f 951e 952350dc969e

"Kerana komited dengan kerjaya, mereka sanggup mengorbankan masa bersama keluarga terutamanya pada hari cuti umum dan datang bekerja bagi memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan lebih-lebih lagi dalam musim pandemik seperti sekarang," katanya.

164d23fe ee71 4b50 bdb8 8c8f9b4bdc8b

Sebelum itu, Shaiful turut melancarkan aktiviti berbasikal cakna komuniti Kubang Kerian yang mengedarkan bakul makanan di kawasan pinggiran Hospital USM anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Staf (KESUKAS) Kampus Kesihatan USM.

Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan beban masyarakat sekitar dalam meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik COVID-19 melalui kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK), Info Semasa Kubang Kerian (ISKK) dan Pasaraya ECONSAVE.

fe210694 0d5d 4063 8488 a386c342c81b

Turut menyertai aktiviti tersebut ialah Yang Dipertua PPIK, Dato’ Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani, Yang Dipertua KESUKAS, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim, Penaung ISKK, Mohammad Affendi Mohammad dan Pegawai Khas Menteri Alam Sekitar dan Air, Saizol Ismail.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 113