Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERKUKUH PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI INTIPATI MoU USM DAN WONDFO BIOTECH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Julai 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Guangzhou Wondfo Biotech Co., Ltd. China dalam bidang berkaitan bioteknologi ke arah memantapkan penyelidikan bersama, di sini hari ini.

IMG 20240714 WA0020

IMG 20240714 WA0018

Kerjasama ini dilihat dapat mewujudkan serta memperluaskan lagi peluang dalam bidang penyelidikan dan latihan yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha meningkatkan kemajuan bidang ini ke peringkat lebih jauh.

IMG 20240714 WA0019

Majlis penandatanganan MoU tersebut disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail yang mewakili Naib Canselor USM dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman bagi pihak USM, manakala Guangzhou Wondfo Biotech Co., Ltd. diwakili Naib Presiden, Wenjie Xu dan Pengarah Pemasaran Antarabangsa, Guanze Ding.

IMG 20240714 WA0016

Shaiful dalam ucapannya berkata, beliau amat berbangga dengan kerjasama itu dan mengharapkan USM akan terus berkembang maju dalam bidang penyelidikan bioteknologi.

“Kerjasama ini dapat mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan China untuk menyumbang lebih banyak lagi penyelidikan dalam bidang ini ke arah teknologi yang lebih maju.

IMG 20240714 WA0021

“MoU ini juga bukti komitmen bersama antara USM dan Wondfo untuk merapatkan jurang antara akademik dan industri selain memupuk ekosistem kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

IMG 20240714 WA0017

“Kami menyedari bahawa kuasa transformasi pendidikan hanya boleh direalisasikan sepenuhnya apabila ia sejajar dengan keperluan dan permintaan industri. Oleh itu, kerjasama ini juga bertujuan mewujudkan peralihan yang lancar untuk para graduan ke dunia profesional, melengkapkan mereka dengan kemahiran, pengetahuan dan minda yang diperlukan untuk berkembang maju dalam kerjaya mereka,” ujarnya.

IMG 20240714 WA0023

Sementara itu, Wenjie Xu pula berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama berkenaan yang dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara Wondfo dan USM yang merupakan antara universiti terbaik dalam bidang perubatan dan penyelidikan.

IMG 20240714 WA0022

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan-timbalan Dekan PPSP USM, Ketua Jabatan, Jabatan Anestesiologi PPSP USM, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Nazaruddin Wan Hassan; Ketua Jabatan, Jabatan Patologi Kimia PPSP USM, Dr. Aniza Mat Jelani@ Mohammed Jelani serta Koordinator MoU antara USM dan Guangzhou Wondfo Biotech Co., Ltd., Profesor Madya Dr. Mohd Zulfakar Mazlan dan Dr. Wan Norlina Wan Azman.

Teks: Rosalwani Che Soh@ Yosoff/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 354