Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ROTG INISIATIF BAHARU RANGKAIAN PERPUSTAKAAN USM PERKASA PENYELIDIKAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mac 2023 - Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT), Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited dalam memantapkan hubungan kerjasama dengan pusat pengajian dan pusat tanggungjawab (PTJ) khususnya di Kampus Kesihatan dengan memperkenalkan program ‘Research on The Go (ROTG) with USM Library’. 
 
ROTG adalah pendekatan perpustakaan USM dalam memberi perkhidmatan konsultasi pelbagai modul literasi maklumat dan sokongan akademik secara terus kepada pelajar ijazah pertama, ijazah tinggi, penyelidik serta pensyarah yang dilaksanakan di lokasi-lokasi strategik sekitar USM dan ia kesinambungan daripada program yang telah dimulakan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Kampus Induk dan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan. 
 
IMG 20230302 WA0027
 
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, inisiatif program ROTG diharap dapat memberi nilai tambah kepada perkhidmatan perpustakaan dan menyerlahkan peranan serta kepentingan perpustakaan kepada warga kampus.
 
“Semoga ia menjadi satu pendekatan strategik secara umumnya dalam memberi perkhidmatan sokongan akademik dan penyelidikan kepada warga USM.
 
ROTG INISIATIF BAHARU RANGKAIAN PERPUSTAKAAN USM PERKASA PENYELIDIKAN
 
“Program ini juga diharap menjadi perangsang dan pemangkin ke arah memberi sokongan akademik dalam membantu kerja-kerja penulisan penyelidikan sejajar dengan hasrat USM untuk menjadi sebuah universiti global yang kompetitif,” ujarnya semasa merasmikan program ROTG, hari ini.
 
Tambah Shaharum, beliau yakin warga Kampus Kesihatan akan memanfaatkan maklumat yang diperoleh daripada program ROTG bagi memastikan USM sentiasa terkehadapan dalam pelbagai bidang.
 
ROTG INISIATIF BAHARU RANGKAIAN PERPUSTAKAAN USM PERKASA PENYELIDIKAN 2
 
“Para pelajar dan penyelidik berpeluang mendapatkan konsultasi secara terus dengan fasilitator yang dilantik melalui program ini untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan penulisan seperti garis panduan penulisan tesis dan jurnal,” katanya lagi.
 
ROTG INISIATIF BAHARU RANGKAIAN PERPUSTAKAAN USM PERKASA PENYELIDIKAN 3
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti) Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad dan Timbalan Ketua Pustakawan, PHT, Noraida Hassan.
 
Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood
  • Created on .
  • Hits: 183