Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SALAM AWAL MUHARRAM 1442H

AWAL MUHARRAM

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Salam Maal Hijrah 1442H/2020M diucapkan kepada seluruh seluruh warga Kampus Kesihatan dan umat Islam di Malaysia.

Marilah sama-sama kita mengingati perjalanan junjungan besar Rasulullah SAW dari kota Mekah ke bumi Madinah dalam menyebarluaskan usaha dakwah dan meningkatkan syiar Islam.

Hijrah bukan sahaja membawa maksud perpindahan ke arah kehidupan yang lebih baik, tetapi memberi pengertian yang lebih luas.

Hijrah kali ini sememangnya menuntut penghijrahan dan pengorbanan dari kita semua dengan mengamalkan normal baharu dalam aktiviti dan kehidupan harian kita.

Semoga kita terus dikurniakan rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT dalam kita berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang lebih baik insyaAllah.

#SalamAwalMuharram1442H
#hijrahsuatupengorbanan

YBHG. PROFESOR DATO' DR. AHMAD SUKARI HALIM

Pengarah Kampus Kesihatan &
Pengarah Hospital USM

  • Created on .
  • Hits: 173