Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SEMANGAT JUANG PEKAKA UDANG BAWA PULANG GELARAN JOHAN HWS 2025

USM, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 16 Ogos 2025 – Hari Warga Staf (HWS) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kontinjen dari Kampus Kesihatan, Pekaka Udang dan tuan rumah, Pipit Hutan dinobatkan sebagai juara bersama apabila masing-masing mengumpul 660 mata keseluruhan.

1000169288

1000169280

1000169282

1000169276

Keputusan akhir menyaksikan kontinjen Merbah Surih di tempat ketiga dengan 640 mata, diikuti Sambar Kuning di tempat keempat dengan 540 mata manakala Pucung Harimau di tempat kelima dengan 500 mata.

1000169264

1000169268

1000169266

1000169270

1000169274

1000169272

Acara Malam Pentas Galau menjadi medan penentu kemenangan apabila setiap kontinjen tampil dengan persembahan yang sarat kreativiti, nilai moral serta diiringi alunan muzik. Persembahan kontinjen Sambar Kuning ternyata memikat hati juri profesional setelah diumumkan sebagai juara Pentas Malam Galau. Bukan itu sahaja, naskah ‘Mambang Sari Magika Lagenda Cinta Yang Terbenam’ ternyata membawa tuah apabila merangkul semua kategori iaitu Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

1000169278

1000169286

1000169284

1000169290

Terdahulu, pelbagai acara telah berlangsung sepanjang HWS 2025 antaranya Boling, HWSRun (Larian), Hook Me Up (Memancing), Hunt Ngineers (Explorace), Hora Hore Sportiva (Sukaneka), TENTnovasi Harmoni (Reruai Inovasi), La La Loud (Sorakan), Masterchef (Memasak) serta Rope Warriors (Tarik Tali) yang disertai dengan penuh semangat kesukanan oleh setiap kontinjen yang bertanding.

1000169296

1000169298

1000169294

1000169292

Penganjuran HWS 2025 ini selaras dengan hasrat universiti untuk melahirkan warga yang mengutamakan kebersamaan, persahabatan dan kesejahteraan bersama, sejajar dengan aspirasi USM sebagai sebuah komuniti inklusif, progresif dan berdaya saing.

Turut hadir memeriahkan Pentas Malam Galau ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat yang juga Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlan Amran; Pengarah Kampus, Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@Mustapha; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Termaju (IPPT), Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin; Pengarah Hospital Pakar USM (HPUSM), Profesor Dato’ Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani@Ab. Ghani; Pengarah Pejabat Transformasi Digital USM, Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi Mat Isa dan Pengarah Pejabat Pengurusan Projek USM, Ts. Arman Abdul Razak.

Teks : Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 425