Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SETIA BERSAMA: USM RAI WARGA KERJA YANG LAMA BERKHIDMAT

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 Oktober 2024 – Kakitangan adalah nadi kepada kejayaan sesebuah organisasi khususnya dalam konteks universiti yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan. Daripada tenaga pengajar hingga ke staf sokongan, masing-masing memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi jabatan untuk mencapai misi dan visi universiti.

IMG 20241006 WA0026

Kesetiaan dan dedikasi setiap warga kerja menjadi nadi kepada kejayaan Universiti Sains Malaysia (USM).

Selaras dengan itu, bagi menghargai jasa dan pengorbanan staf yang telah menabur khidmat kepada USM selama 25 tahun, majlis Anugerah Sanjungan Budi (ASB) diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti yang dicurahkan.

IMG 20241006 WA0030

IMG 20241006 WA0028

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam ucapannya berkata, pada hari bersejarah ini, USM berbesar hati mengiktiraf dan meraikan seramai 222 daripada 282 orang penerima ASB bagi tahun 2019 hingga 2023.

IMG 20241006 WA0034

"Daripada jumlah itu, 246 penerima masih berkhidmat di USM, manakala 34 orang adalah staf yang telah tamat perkhidmatan dan dua (2) orang staf telah kembali ke rahmahtullah.

IMG 20241006 WA0031

IMG 20241006 WA0032

"Ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan mereka yang amat besar selama 25 tahun dan telah banyak membantu dalam memastikan nama USM sentiasa berada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," ujarnya.

IMG 20241006 WA0027

Majlis ini juga mengumpulkan para penerima ASB selama lima (5) tahun iaitu dari tahun 2019 hingga 2023 kerana majlis tidak dapat diadakan ketika itu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

IMG 20241006 WA0036

"Anugerah yang diberikan ini juga secara langsung telah memperlihatkan komitmen USM dalam menjaga kebajikan dan nilai pekerjanya selari dengan agenda Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) universiti yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan staf dan pelajar.

IMG 20241006 WA0033

IMG 20241006 WA0035

"Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya kita di USM menghargai dan meraikan sumbangan staf. Penghargaan ini bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu keperluan yang mendalam untuk memastikan kejayaan dan kelangsungan organisasi kita," jelasnya lagi.

IMG 20241006 WA0029

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Gabenor Universiti, USM, Dato' Dr. Aldrin Abdullah; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Dekan - dekan Pusat Pengajian, Pengarah - pengarah, Ketua- ketua Jabatan Kampus Kesihatan dan Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis ASB, Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 320