Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SIMULASI FOKUS KELANCARAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 September 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah mengadakan simulasi pendaftaran pelajar baharu bagi sidang 2020/2021 melibatkan hampir 60 orang staf dan pelajar.

Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Adam Husein berkata, simulasi ini bertujuan memastikan proses pendaftaran pelajar baharu kali ini berjalan lancar, teratur dan tersusun serta jika ada permasalahan yang timbul semasa simulasi ini, ianya dapat terus diperbaiki.

SAVE 20200926 144153

‘Seperti yang kita semua sedia maklum, penularan COVID-19 menyebabkan kita perlu mengikuti norma baharu dalam setiap aktiviti dan pendaftaran pelajar baharu kali ini amat berbeza dengan tahun sebelumnya.

SAVE 20200926 144207

“Semua petugas telah diberikan taklimat dan saya berharap mereka dapat memainkan peranan masing-masing pada hari pendaftaran sebenar nanti. Kita bukan sahaja dapat membantu para pelajar dan keluarga mereka, bahkan kita dapat bersama-sama membendung penularan COVID-19,“ katanya yang ditemui selepas program tersebut.

SAVE 20200926 144220

Sementara itu, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kampus Kesihatan USM, Norazlina Adris pula berkata, seramai 43 orang Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) akan membantu pada hari pendaftaran pelajar baharu pada 3 Oktober nanti.

SAVE 20200926 144230

“Pendaftaran kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan mengiringi anak mereka hingga ke bilik dan PPSL bertanggungjawab membantu semua pelajar bermula mereka turun dari kereta sehingga ke bilik masing-masing.

"Ibu bapa tidak perlu berasa bimbang kerana semuanya telah dirancang dengan baik,” ujar beliau.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Ya’acob

  • Created on .
  • Hits: 165