’STUDENTS SCIENTIFIC CONFERENCE’ KETENGAHKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM BIDANG PENYELIDIKAN
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Februari 2020 – ‘Students Scientific Conference’ merupakan satu platform pelajar tahun empat (4) berkongsi dan menyebarkan pengetahuan mengenai bidang penyelidikan selain meningkatkan keyakinan untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam bidang pergigian", demikian jelas Pengerusi Program Elektif, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Khairul Bariah Ahmad Amin Noordin.
Beliau yang juga Pengarah Program ‘17th Students Scientific Conference’ berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran siswazah pergigian dalam penyelidikan saintifik.
"Penyelidikan sebegini merupakan satu kelengkapan yang harus dianggap sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan meningkatkan perkhidmatan dalam bidang pergigian.
"Students Scientific Conference kali ke 17 ini bertemakan ‘Empowering Dental Research for the New Decade’ menerusi empat (4) kategori iaitu ‘Oral Basic Science’, ‘Oral Clinical Science’, ‘Oral Public Health’ dan ‘E – Poster Presentation’," ujarnya lagi.
Tambah Khairul Bariah, konferen kali ini disertai 48 pelajar tahun empat (4) Pusat Pengajian Sains Pergigian dan lapan pelajar dari tiga (3) buah universiti daripada Indonesia iaitu Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Universitas Muhammadiyah Semarang dan Universitas Airlangga.
“Program ini diadakan berdasarkan tuntutan subjek elektif, GNE410 yang wajib diambil oleh pelajar tahun tiga hingga tahun empat bagi Ijazah ‘Doctor of Dental Surgery’ (DDS).
“Pembentangan dalam konferen ini menyumbang 20% dalam jumlah akhir markah GNE410, pembentangan dan 80% bagi laporan akhir dan program ini dijalankan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada para pelajar suasana sebenar pembentangan dalam bidang penyelidikan”, katanya.
Teks: Wan Nur Suhailah Wan Draman (Pelajar Praktikal USIM) & Raziatul Ain Zamri (Pelajar Praktikal USM) / Foto: Anis Azniriza Zainol
- Created on .
- Hits: 169