Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SUMBANGAN KELAB URP CERIAKAN KANAK-KANAK DI HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Mei 2020 - Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Kelab Unit Rekod Perubatan (URP), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi rezeki dengan pesakit kanak-kanak Wad Pediatrik, di sini.

KELAB URP 1

Menurut Penolong Pendaftar Kanan merangkap Pengerusi Kelab URP, Hasuaniza Hassan, Majlis Bingkisan Kasih itu pertama kali dianjurkan oleh kelab tersebut bagi berkongsi kegembiraan dengan pesakit yang terpaksa tinggal di hospital dalam jangka masa yang lama untuk menerima rawatan.

"Sumbangan yang disampaikan ini diharap dapat mengubat kerinduan  pesakit kepada ahli keluarga yang lain selain memberi keceriaan kepada kanak-kanak yang akan menyambut Aidilfitri di dalam wad tidak lama lagi.

KELAB URP 2 

"Program sebegini juga pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf URP dan staf di wad selain berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Antara wad pediatrik yang menerima sumbangan dari kelab URP ialah Wad 6 Selatan, 6 Utara dan 2 Selatan.

Turut hadir sama dalam program tersebut ialah Penolong Pendaftar Kanan, Zulkifli Jusoh dan beberapa staf URP.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 157