Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TENGKU MAHKOTA KELANTAN DAN ISTERI LAWAT UNIT RAWATAN KEBAKARAN HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Februari 2022 – Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson hari ini berkenan berangkat melawat Unit Rawatan Kebakaran (URK), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). 
 SAVE_20220208_184356.jpg
 
 
 
 
 SAVE_20220208_184404.jpg
 
Dalam lawatan tersebut, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan isteri diberi taklimat mengenai perkhidmatan rawatan kebakaran di Hospital USM, aktiviti-aktiviti serta pencapaian dalam bidang akademik, penyelidikan serta program-program khidmat komuniti.  
 
 
SAVE_20220208_184421.jpg
 
 
 
SAVE_20220208_184429.jpg
 
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan isteri turut berkenan menyantuni dan mengurniakan cenderahati kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di URK.
 
 
 SAVE_20220208_184413.jpg
 
 
SAVE_20220208_184436.jpg
 
 
 
 SAVE_20220208_184443.jpg
 
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan - timbalan Pengarah Hospital USM dan Pakar - pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif.
  • Created on .
  • Hits: 186