Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

THE HILLS @ USMKK RUANG PELAJAR BERKARYA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Disember 2021 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan, hari ini telah merasmikan 'The Highly Integrated Learning And Living Space' (THE HILLS) bagi kegunaan mahasiswa di Kampus Kesihatan.

WhatsApp Image 2021 12 30 at 2.54.49 PM

The HILLS yang siap sepenuhnya dibina pada pertengahan tahun 2021 merupakan hasrat Naib Canselor sendiri dalam menyediakan ruang santai di setiap kampus bagi kemudahan para pelajar berkumpul dan melakukan aktiviti pada masa luang mereka.

Dalam ucapan ringkas semasa perasmian, beliau sempat menitipkan pesanan kepada para pemimpin muda universiti iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) agar memainkan peranan lebih efektif dalam menyantuni rakan-rakan mahasiswa lain khususnya dalam golongan B40 bagi memastikan mereka tidak tercicir apatah lagi dalam situasi yang masih getir dengan pandemik seperti sekarang ini.

  • Created on .
  • Hits: 194