Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM BUKA PELUANG PENGAJIAN KEPADA SEMUA GOLONGAN – NAIB CANSELOR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Oktober 2024 – “Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa terbuka kepada semua kelompok termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar USM dan pada kemasukan kali ini, Kampus Kesihatan menerima seorang pelajar OKU yang akan mengikuti Program Audiologi di Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.16 PM

“Hal ini dibuktikan lagi apabila Kampus Kesihatan sedang giat memastikan kemudahan dan infrastruktur mesra OKU sentiasa ditambah baik selari dengan landasan kedua puluh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menggariskan bahawa sektor pendidikan tinggi negara perlu inklusif dan terbuka kepada semua kelompok termasuk golongan OKU sama ada pelajar mahupun warga kerja,” demikian kata Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.13 PM

Menurut beliau, USM juga sentiasa prihatin kepada nasib dan kebajikan para pelajar yang berada dalam tahap kemiskinan atau B40 seperti Program Siswa SULUNG USM.

“Usah malu jika berada dalam kumpulan ini kerana peluang untuk berjaya, terbuka dan sama rata kepada semua asal sahaja bersedia mengambil setiap peluang yang ada bertemu dengan pihak yang bersedia membantu,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Sambutan Siswa Sidang Akademik 2024/2025, hari ini.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.14 PM 1

Tambah Abdul Rahman, USM turut menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk para pelajar.

“Antara kemudahan baharu yang disediakan untuk mahasiswa di Kampus Kesihatan termasuk ruangan ‘Learning Space’, padang bola sintentik (Kopa Arena), trek basikal lasak, laluan ‘jogging’ dan menaik taraf gelanggang futsal untuk aktiviti pelajar serta Dataran Usahawan Siswa (DUSis) bagi membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar di samping mengasah bakat menjadi usahawan muda.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.15 PM

“Ambillah kesempatan sepenuhnya dengan menyertai lebih daripada 30 persatuan serta pertubuhan pelajar yang ada di Kampus Kesihatan termasuk menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang sering dianjurkan oleh universiti dan manfaatkanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin kerana ia akan memberi pengalaman baharu.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.14 PM 2

“USM juga mempunyai Hospital Pengajar Universiti (HPU) dengan kemudahan sokongan klinikal yang lengkap bagi menyokong pelajar klinikal program Doktor Perubatan, Kejururawatan dan pascasiswazah menjalani kursus klinikal mereka,” katanya.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.13 PM 1

Selain itu, Abdul Rahman berkata, para pelajar sangat bertuah kerana dapat memasuki USM, satu-satunya universiti berstatus APEX di Malaysia.

“Sebagai sebuah universiti yang dipilih sebagai pemacu kecemerlangan, Program APEX ini adalah selari dengan matlamat dan hasrat yang dirangkumkan dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia 2023-2025 iaitu pertama (Penyediaan Bakat Terbaik Negara), kedua (Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi), ketiga (Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu), keempat (Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi) dan kelima (Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.14 PM

“Fokus utama USM APEX ialah ‘Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’,” ujarnya lagi.

Abdul Rahman turut berharap agar siswa-siswa baharu menjadi bakal pemimpin masa hadapan yang akan memimpin institusi, masyarakat dan negara dalam bidang kesihatan dan perubatan dan pergigian.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.15 PM 1

“Masyarakat dan negara memerlukan khidmat profesional anda semua yang sentiasa menjaga dan mengutamakan adab, akhlak dan etika serta berintegriti dalam setiap tindakan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat kita pada masa hadapan,” jelasnya.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.16 PM 2

Seramai 638 orang pelajar mendaftar diri di Kampus Kesihatan bagi Sidang Akademik 2024/2025 dengan bilangan pelajar perempuan 474 orang bersamaan 74 peratus (%) berbanding 164 orang pelajar lelaki bersamaan 26%.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.18 PM 1

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.18 PM

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.17 PM 1

Mereka merupakan sebahagian daripada 4,807 calon yang telah ditawarkan tempat di USM daripada sejumlah 61,157 calon yang memohon untuk menyambung pengajian di USM Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.17 PM

WhatsApp Image 2024 10 08 at 3.55.16 PM 1

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor USM, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Bendahari USM, Rafizal Abd Rahim; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, timbalan-timbalan dekan; ahli-ahli senat universiti dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 484