KOTA BHARU, KELANTAN, 8 Februari 2022 - Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Said Sidup di Ibu Pejabat JKM Kelantan, Kota Darulnaim.
Pelbagai perkara dikongsikan antara kedua-dua pihak antaranya ialah cadangan merintis beberapa program usahasama baharu yang mensasarkan peningkatan keupayaan golongan berkeperluan khas serta warga emas.

Kedua-dua belah pihak komited untuk meneruskan usaha - usaha sedia ada, khususnya bagi meningkatkan kualiti hidup serta keberdayaan sosio ekonomi mereka agar tidak ketinggalan berbanding rakyat normal.

Kunjung hormat ke JKM ini merupakan antara perancangan Pemangku Pengarah Kampus untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua agensi Persekutuan serta Negeri, khususnya yang berkaitan dengan operasi Kampus Kesihatan USM bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua belah pihak.