Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM METERAI KERJASAMA STRATEGIK DENGAN UNIVERSITAS SYIAH KUALA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa apabila memeterai ‘Implementing Agreement’ bersama Universitas Syiah Kuala (USK), Indonesia dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, hari ini.

1000244754

Majlis berkenaan menyaksikan pemeteraian perjanjian yang bertujuan memperluas kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan serta pembangunan modal insan antara kedua-dua institusi.

1000244752

1000244750

Penandatanganan ‘Implementing Agreement’ tersebut disempurnakan Dekan PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin mewakili Naib Canselor USM dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP, Profesor Dr. Asrenee Ab. Razak bagi pihak USM manakala USK diwakili Dekan Fakultas Kedokteran, Dr. dr. Safrizal Rahman dan Ketua Jabatan Pembedahan, Fakultas Kedokteran, Dr. dr. Dahril.

 1000244742

Kamarul Aryffin dalam ucapannya berkata, kerjasama tersebut merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi serantau.

“Perjanjian ini bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk bergerak seiring dalam memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa yang memberi impak kepada masyarakat.

1000244740

“Melalui kerjasama ini, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuk penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah berimpak tinggi, mobiliti staf dan pelajar serta perkongsian kepakaran melalui pelbagai platform akademik,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam era globalisasi yang pesat, kolaborasi rentas sempadan amat penting bagi memastikan institusi pengajian tinggi kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global.

1000244744

“Dalam pada itu, USM komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan institusi serantau seperti USK yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

“Kerjasama ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak projek kolaboratif pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh hubungan akademik dan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia,” jelasnya lagi.

1000244746

Sementara itu, Safrizal pula menyifatkan pemeteraian ‘Implementing Agreement’ tersebut sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.

Menurut beliau, kerjasama ini bukan sahaja membuka peluang kepada pertukaran pelajar, tetapi membuka lebih banyak ruang untuk meneroka dan membangunkan program bersama yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan sektor kesihatan di kedua-dua negara.

1000244748

“Ini merupakan peluang yang amat bermakna untuk memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa dan seterusnya memperkukuh peranan institusi dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

“Majlis ini turut menjadi platform penting dalam mempererat hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi dan penyelidikan perubatan yang semakin berkembang pesat di peringkat serantau,” katanya.

1000244758

1000244756

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa) PPSP USM, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan (Libatsama Industri-Komuniti dan Pembangunan) PPSP USM, Profesor Dr. Aziah Daud; Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas) PPSP USM, Profesor Madya Dr. W Mohd Nazaruddin W Hassan; Timbalan Dekan USM-KLE, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuki Nik Lah; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) HPUSM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; ketua-ketua jabatan PPSP USM dan Penyelaras Majlis Menandatangani ‘Implementing Agreement’, Profesor Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 157