Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM PERKUKUH KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PENDIDIKAN KEJURURAWATAN VOKASIONAL BERSAMA AIPViKI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang pendidikan kesihatan apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Asosiasi Institusi Pendidikan Tinggi Vokasi Keperawatan Indonesia (AIPViKI), melibatkan sepuluh institusi pendidikan tinggi vokasi kejururawatan di bawah AIPViKI Sumatera Utara.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 7

Antara institusi yang terlibat ialah ‘Adventist University of Surya Nusantara’, Universitas Haji Sumatera Utara, Institut Teknologi dan Kesehatan Ika Bina, Akademi Keperawatan Kesdam I/Bukit Barisan Binjai, Akademi Keperawatan Gita Matura Abadi Kisaran, Akademi Keperawatan Kesdam I/Bukit Barisan Medan, Akademi Keperawatan Kesdam I/Bukit Barisan Pematangsiantar, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Darmo, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Flora serta Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Kesehatan Baru.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 8

Majlis pertukaran dokumen persefahaman tersebut disempurnakan hari ini oleh Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail mewakili Naib Canselor USM dan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Hamid Jan Jan Mohamed bagi pihak USM manakala AIPViKI diwakili Pengarahnya, Dr. Hj. Masdalifa Pasaribu dan Bd. Usti Fina Hasanah Hasibuan dari Sekolah Tinggi Kesehatan As Syifa Kisaran.

Majlis tersebut menyaksikan komitmen berterusan antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkukuh hubungan strategik serta jaringan akademik dan profesional, khususnya dalam bidang kejururawatan vokasional yang semakin penting dalam landskap kesihatan serantau.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 4

Aziah dalam ucapannya berkata, kerjasama ini mencerminkan kesediaan institusi pendidikan tinggi serantau untuk bergerak seiring dalam menghadapi cabaran dan keperluan industri kesihatan global.

“Melalui kolaborasi ini, pelajar akan memperoleh pendedahan yang lebih luas menerusi pengalaman pembelajaran rentas sempadan, sekali gus membentuk graduan yang serba boleh dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM

Beliau turut menekankan bahawa kerjasama ini menjadi platform penting untuk memperkasa penyelidikan bersama dan inovasi dalam bidang klinikal serta teknologi kesihatan, yang akhirnya memberi impak langsung kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan.

"Usaha pembinaan kapasiti melalui bengkel, seminar dan pensijilan klinikal akan membantu meningkatkan kompetensi tenaga kerja kesihatan selaras dengan keperluan semasa industri.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 2

"Kolaborasi ini juga selari dengan visi APEX USM dalam memperkukuh peranan universiti sebagai peneraju dalam pendidikan, penyelidikan dan jaringan global yang memberi impak kepada komuniti sejagat.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada institusi terlibat, malah menyumbang kepada pembangunan sistem penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti dan mampan di peringkat serantau,” jelasnya lagi.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 5

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerjasama ini dan berharap agar ia terus berkembang dan menjadi model kolaborasi pendidikan berimpak tinggi pada masa hadapan.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 3

Sementara itu, Masdalifa menyifatkan kerjasama ini telah membuka ruang kepada institusi di bawah AIPViKI untuk memperluas jaringan antarabangsa serta membangunkan program latihan dan akademik secara bersama yang lebih tersusun dan berimpak.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 6

“Semoga kerjasama antara kedua-dua negara ini dapat mempertingkatkan kualiti pelajar dan ahli akademik melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta penganjuran seminar secara bersama.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 9

"Inisiatif ini juga diyakini mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan tenaga kerja kesihatan yang lebih kompeten, sekali gus memperkukuh sistem penjagaan kesihatan di peringkat serantau,” katanya.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 4.36.46 PM 1

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ‘Rector, Adventist University of Surya Nusantara’, Dr. Rexon Nainggolan; ‘Rector’, Institut Teknologi dan Kesehatan Ika Bina, Dr. Rani Darma Sakti Tanjung; ‘Director’, Akademi Keperawatan Kesdam I/Bukit Barisan Binjai, Mompang Tua Parlagutan; ‘Chairman’, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Darmo, Bdn. Dwi Ris Hasanah; ‘Chairman’, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Flora, Dr. Fithria Aldy; ‘Chairman’, Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Kesehatan Baru, Bdn. Nova Sontri Node Siregar; Bd. Juita Sari mewakili ‘Rector’, Universitas Haji Sumatera Utara; Yuriansah mewakili ‘Director’, Akademi Keperawatan Gita Matura Abadi Kisaran; Deni Susyanti mewakili ‘Director’, Akademi Keperawatan Kesdam I/Bukit Barisan Medan; Shanty Maria Lissanora Fernanda mewakili ‘Director’, Akademi Keperawatan Kesdam I/Bukit Barisan Pematangsiantar; Pengerusi Program Kejururawatan PPSK USM, Dr. Intan Idiana Hassan serta Penyelaras Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman antara USM dengan AIPViKI, Salwismawati Badrin.

Teks: Siti Sri Mas Ismail / Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 81