Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM PERKUKUH KOLABORASI PENGHASILAN PRODUK PEMAKANAN SIHAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Oktober 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) hari ini menandatangani surat hasrat atau ‘Letter of Intent’ (LoI) bersama Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia –Wuxi, China (DPPPM-WC) sebagai permulaan kerjasama untuk menghasilkan produk pemakanan sihat mengandungi serat.

IMG 20241002 WA0015

IMG 20241002 WA0013

Kolaborasi tersebut menggabungkan institusi pendidikan tinggi dan rakan industri menerusi Syarikat ADA Trading dalam aspek perkongsian pintar yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

IMG 20241002 WA0014

Majlis penandatanganan LoI disempurnakan oleh Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak manakala DPPPM-WC diwakili Naib Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Saad.

IMG 20241002 WA0011

Wan Rosli dalam ucapannya berkata, PPSK amat mengalu-alukan kerjasama ini bagi penghasilan produk makanan kesihatan yang mengandungi serat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemakanan sihat terutama bahan-bahan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

IMG 20241002 WA0010

“Pihak kami telah menjalankan penyelidikan hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sejak 15 tahun lalu dan kerjasama ini diharap menjadi platform untuk memperkenalkan formulasi baharu dengan gabungan makanan sihat yang mengandungi serat melalui coklat dan biskut dalam cara penyediaan lebih sihat.

IMG 20241002 WA0009

“Pemakanan serat sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan terutama dalam pemakanan kanak-kanak agar mereka membesar dengan sihat. Semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk menerapkan pengambilan gula semula jadi dan mengandungi serat melalui buah-buahan bagi mengurangkan penggunaan gula tambahan yang lebih tinggi kalori,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

IMG 20241002 WA0012

Sementara itu, bagi pihak DPPPM-WC, Hassan berkata, pihaknya berharap agar kerjasama ini dapat membawa nama USM ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya ke negara China sekaligus menunjukkan kepakaran penyelidik USM yang setanding hebatnya dengan universiti lain di peringkat global.

“Kita juga dalam usaha membuka sebuah kilang di Perlis bagi menggantikan penghasilan gula daripada tebu kepada gula daripada pisang dan memerlukan kepakaran pihak USM untuk menjalankan kajian ‘Research and Development’ (R&D) dalam usaha menjayakan kerjasama ini.

“Kami percaya hasil kerjasama ini dapat meningkatkan kepercayaan banyak pihak termasuk negara China yang merupakan rakan pelaburan kita bagi penghasilan produk pemakanan kesihatan ini,” katanya lagi.

IMG 20241002 WA0016

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga DPPPM-WC, Dato’ Sri Siti Zamriah Samad, Pengarah Syarikat ADA Trading, Hasfarizam Ariffin, Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa) PPSK USM, Profesor Madya Dr. Rapeah Suppian dan Pengerusi Program Bioperubatan PPSK USM, Profesor Madya Dr. Nurul Asma Abdullah.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 612