Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM - UHT TERUS PERKUKUH KERJASAMA RENTAS BIDANG DUA NEGARA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Jun 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa apabila satu majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama (Cooperation Agreement) diadakan bersama Universitas Hang Tuah (UHT), Indonesia, hari ini.

1000147162

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Profesor Dr. Norhayati Luddin mewakili Naib Canselor USM bagi pihak USM manakala UHT pula diwakili oleh Dekan Fakultas Kedokteran Gigi, Dr. Kristanti Parisihni.

1000147153

Menurut Norhayati, perjanjian ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan USM untuk memantapkan kolaborasi antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

1000147156

“Perjanjian ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama yang telah sedia terjalin sejak 2018, malah turut mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi untuk terus meneroka peluang dalam pelbagai inisiatif akademik dan profesional,” katanya.

1000147164

Tambah beliau, skop kerjasama ini meliputi pelbagai program termasuk pertukaran pelajar dan staf, penyelidikan bersama, seminar, bengkel serta program khidmat komuniti yang telah dan akan dirancang secara bersama.

1000147166

“Kerjasama seumpama ini amat penting dalam memperluas jaringan ilmu dan meningkatkan impak akademik yang akhirnya memberi manfaat kepada institusi, masyarakat dan negara secara keseluruhan,” ujarnya lagi.

1000147152

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan perjanjian ini dan berharap kerjasama ini akan terus berkembang kukuh pada masa hadapan.

1000147158

Sementara itu, Kristanti Parisihni turut menzahirkan penghargaan kepada USM terutama para penyelidik yang terlibat dalam ‘Cooperation Agreement’ itu.

1000147160

“Saya berharap agar kerjasama antara UHT dan USM ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai penyelidik antara kedua-dua institusi untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang lain pada masa akan datang.

1000147168

“Semoga ia memberi manfaat bersama kepada institusi pengajian masing-masing dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan penyelidikan di antara kedua-dua negara,” katanya.

1000147170

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Kerjasama, Universitas Hang Tuah, Widyasri Prananingrum; Timbalan Dekan (Penyelidikan Inovasi dan Libatsama Industri – Komuniti), PPSG USM, Dr. Norhayati Yusop; Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya, Alumni dan Hal Ehwal Pelajar) PPSG USM, Dr. Nurhafizah Ghani; Penyelaras ‘Cooperation Agreement’ antara USM dan Universitas Hang Tuah, Profesor Madya Ts. Dr. Azlina Ahmad, para penyelidik, pensyarah dan pegawai-pegawai PPSG.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 155