Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USMCC SERAH JERSI DAN KAD KEAHLIAN KEPADA NAIB CANSELOR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Disember 2021 – Universiti Sains Malaysia Cycling Club (USMCC) melalui Presidennya Profesor Madya Dr. Andee Dzulkarnaen Zakaria menyerahkan jersi serta kad keahlian kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan selaku penaung kelab tersebut. 

SAVE 20211230 170620

USMCC yang telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2019 sehingga kini mengumpulkan lebih 164 orang ahli yang terdiri dari warga Kampus Kesihatan dan orang awam.  
 
Penubuhan USMCC adalah bertujuan menggalakkan aktiviti berbasikal dalam mempromosikan gaya hidup sihat disamping mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama ahli.
  • Created on .
  • Hits: 149