Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM, HOSPITAL PERTAMA TERIMA MESIN AUTOMATED BREAST ULTRASOUND (INVENIA ABUS 2.0) DI PANTAI TIMUR

Sisipan Akhbar: imedikeltv.com.my ( 7 Oktober 2024 )

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) adalah hospital pertama di Pantai Timur menerima Mesin Automated Breast Ultrasound (INVENIA ABUS 2.0).

Naib Canselor Hospital USM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, berkata mesin itu adalah peruntukan dana Kemudahan Projek Khas Klinik Bergerak dan saringan Kanser daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Hospital USM adalah hospital pertama di Pantai Timur dan yang ketiga di Malaysia memiliki mesin INVENIA ABUS 2.0. mesin ini dikhususkan untuk pemeriksaan saringan kanser payudara dan akan dibawa ke program komuniti dan klinik bergerak sekitar negeri Kelantan.

“Mesin ini yang bagusnya ia boleh buat saringan awal dan tadi saya difahamkan bahawa mesin ini sesuai untuk pesakit-pesakit dari Malaysia. Mesin ini bertujuan untuk membuat saringan awal pengesanan kanser. Kalau dibandingkan dengan mammogram penggunaan mesin ini lebih tepat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesin Automated Breast Ultrasound (ABUS) Dan Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink October) 2024 Peringkat Hospital USM, di sini, hari ini.

Screenshot 2024 10 07 20 34 36 288 com.android.chrome edit

“Saya dimaklumkan bahawa mesin ini akan ditempatkan di dalam bas khas (yang masih dalam proses perolehan) untuk digunakan semasa program saringan komuniti secara khususnya.

“Dengan adanya mesin ABUS ini, saya yakin kita dapat menawarkan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan tepat, sekaligus meningkatkan peluang untuk pengesanan awal dan rawatan yang lebih berkesan kepada masyarakat sekitar,”katanya.

Menurut beliau berdasarkan laporan terkini National Cancer Registry dari tahun 2017 hingga 2021, kanser payudara adalah kanser utama dan pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita.

“Ia meliputi 38.9 peratus daripada keseluruhan kes kanser yang dialami kaum wanita. Jadi ramai yang datang apabila sudah di peringkat yang akhir iaitu tahap tiga dan empat. Jadi, bermula tahap satu lagi sudah boleh buat pengesanan dan membuat rawatan awal. Jadi tujuannya adalah untuk mengurangkan masalah yang timbul apabila sudah masuk peringkat tiga atau empat kerana ia boleh merebak ke tempat lain di dalam badan.

Screenshot 2024 10 07 20 37 06 962 com.android.chrome edit

“Oleh itu, pengesanan awal dan rawatan yang berkesan adalah amat penting untuk menyelamatkan nyawa, memanjangkan jangka hayat keseluruhan dan mengurangkan morbiditi penyakit ini dalam kalangan pengidap kanser payudara,”katanya.

Beliau berharap mesin tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para doktor, jururawat, juru x-ray perubatan dan juga staf yang terlibat dalam usaha pihak Hospital USM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat amnya.

https://www.imedikeltv.com.my/?p=19354

 

  • Created on .
  • Hits: 155