Mengulas lanjut, Dr Siti Nurbaya berkata, penyakit osteoporosis tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal, namun terdapat individu yang mengalami sakit sendi atau tulang serta kepatahan tulang berimpak kecil.
"Di samping itu, golongan warga emas yang menghidap osteoporosis akan menjadi semakin membongkok akibat tulang belakang yang rapuh dan patah menyebabkan perubahan bentuk tulang belakang mereka.
"Bagaimanapun, osteoporosis kini boleh dirawat memandangkan banyak rawatan yang dapat dilakukan supaya tulang dapat menjadi lebih padat untuk mencegah daripada patah apabila seseorang itu jatuh," katanya.
Beliau turut menasihatkan masyarakat mengenalpasti risiko untuk jatuh atau sering jatuh serta mendapatkan pemeriksaan doktor supaya faktor-faktor risiko dapat dilihat.
"Selain itu, masyarakat juga harus peka sekiranya seseorang individu atau warga emas itu jatuh, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera kerana risiko untuk patah tulang sangat tinggi dan perlu dirawat segera," katanya.