"Pendekatan ini diambil untuk membekalkan ilmu rawatan dan pertolongan cemas kepada duta kesihatan Orang Asli yang dipilih sekali gus membolehkan mereka memberi bantuan kecemasan di perkampungan Orang Asli sebelum bantuan dari luar tiba," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis perasmian penutupan Program Khidmat Masyarakat Bersama Orang Asli Pos Balar di Hospital USM, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Madya Dr Shaik Farid Abdull Wahab dan Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan, Roslina Bun.
Sementara itu, Roslina berkata, usaha yang dilaksanakan Hospital USM dalam mewujudkan pasukan sukarelawan dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang perubatan terutamanya dalam rawatan asas, penjagaan pergigian dan kesihatan wanita.
"Kursus ini sangat bermanfaat khususnya kepada masyarakat luar bandar di kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran akses kesihatan
"Saya berharap semua sukarelawan yang dilatih dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan kepada masyarakat di kampung masing-masing," katanya.